persinggahan di langit merah
setelah hujan berhenti menyimbah
manusia singgah tatkala hujan
manusia berhenti tatkala ianya lebat
persinggahan yang dilakukan oleh manusia
umpama singgah seorang rakan baru
menyapa sang penunggu stesen berhenti
bercakap,bertegur lalu pergi
sekejap sahaja persinggahan ini
bagai kata-kata kuno
hanya suatu persinggahan
dalam stesen itu
wujud dugaan karma
ciptaan illahi
manusia tunduk mengalah
redha dengan apa yang terjadi
seperti berhenti bila hujan turun
apabila dugaan datang
perlukan secangkir senyuman
terpalit rasa kecewa hati
menyambut senyuman dugaan
stesen ini banyak manusia
manusia lah yang bawa dugaan kepada manusia
manusia senyum lagi
kerana itu lumrah karma
mereka terima
kadang-kadang
perjalanan ini perlukan stesen
berhenti sekejap
berbicara sebentar
kemudian pergi
entah esok atau lusa
atau selamanya
tidak akan berjumpa lagi
stesen manusia
menyimpan banyak kisah
bicara tentang manusia juga kisahnya
yang tinggal
sang penunggu berhenti
apabila hujan menyimbah kembali
amandaputra 29 May 2012
0 comments:
Post a Comment