Wednesday, January 23, 2013

Warkah Cinta Dari Seorang Rocker

0 comments
Korang pernah bercinta tak??
korang pernah putus cinta tak??
mesti pernah kan, jangan nak nafikan kalo sapa yang tak pernah jatuh cinta!
hati batu, hati plastik ahhh dusta semua...

Listen listen listen!! Even jaws pun ada masalah...
inikan pulak korang nafikan diri korang tak pernah jatuh cinta! WTF!(welcome to facebook)
hehehe sori ar bro... jangan marah aku cuma nak bercerita jer..

Aku nak bercerita tentang zaman percintaan,
apa yang aku nak bagi korang baca ni hanyalah berbentuk santai jer...
yang kat atas tu aku beletiaq(berleter) hanya mukadimah jer...

Okay-okay.. berdasarkan tajuk di atas, aku nak cerita kat korang zaman percintaan menggunakan surat,
aku dah pecah perut baca, so aku nak bagi korang baca pulak lah...

Yang penting wa caya sama lu rocker!!!


Salam, 

Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke? 

Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!! 
Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. 
Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat onglain. 

Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas! Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!! 

Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. 
Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling. Gua ingat lagi lagu "antara gadis" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu. Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!! 

Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo! Janganlah buat gua macamni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. 
Gua tau sapa gua. Gua memang macamni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua. Dulu lu takdepun macam ni. Lu tak kisahpun! Lu layan selamba je. 
Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang jumaat tak tinggal wo!
Lu pikirlah sindri, beb! 
Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. 
Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu! 

Akhirkata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!

Yang Benar, 
Razaki (Bukan nama sebenar)

"pantang anak petani moden mengundur kalah"- amy mat piah 

Ni yang best jadi rakyat MALAYSIA!!

0 comments
HAHAHA... LOL! entah apa punya pemalas la mamat ni sampai nak bukak pintu pun dah tak sempat.
Oh Malaysiaku beginilah segelintir rakyat Malaysia apabila semuanya nak cepat, takpelah asalkan kau bahagia dengan cara ni, aku nak salahkan brader ni pun tak boleh jugak,
ya lorhhhh mana atendan pam? Sepatutnya atendan pam la kan yang tolong isi minyak,
takpe mungkin dalam kes ni atendan pam pegi jamban kot,
atau servis layan diri mungkin... Walaubagaimanapun aku harap gambar ni dapat menghiburkan korang,
this is malaysian i lapppp u!!

 p/s: Aku akan lebih mengurangkan sifat kepoyoan aku dalam menulis artikel baru kali ini. Lebih bersifat santai dan apa-apa je lah..

Tuesday, January 22, 2013

'Freehair' Lebih Bagus Dari Bertudung?? Huh Pelik Ni!

0 comments

Aku terkesima sebentar(femes ayat ni) apabila mengenangkan nasib umat Islam kita di seluruh dunia, ada saja isu yang depa nak bangkitkan, dari isu yang kecik sampailah isu yang paling besaq. Aku tak nak taip banyak-banyak, kat bawah ni aku cuma nak cita kan alasan-alasan yang femes tatkala mereka menjawab eh kenape kene pakai tudung yer~~~

1) Eleh, ni nak habaq mai..yg sembahyang tunggang terbalik tu pun belum tentu masuk syurga tau..pelacur yang bagi anjing minum tu Allah masukkan dia ke syurga. U olz jangan nak sesuka hati menilai i olzz berpakaian! Allah je yang berhak nak judge kita..huh


gegurlz..memang sembahyang itu bukan  jaminan untuk masuk ke syurga, namun begitu yang membuka aurat itu PASTI masuk neraka!
2) Pakai baju jarang ke kain sendat ke, itu hak kami! Kalau tak suke JANGAN tengok, hey kalau itu tak boleh, ini tak boleh, ko pergi hidup dlm hutan la..kolot! tak reti hidup bermasyarakat..
Adakah kita berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk mnahan godaan syaitan?
3) Seksi itu subjektif ok! bagi kami apa yang kami pakai ni xseksi pun, awk tu lain la..kami pakai macam ni pun dah bising-bising..gila sex eh?
Wahai kaum wanita, haruslah anda sedar, subjektif atau objektif..anda tetap dikira berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut, ini bukan saya kata..dalam al-quran ada tulis!
4)Ingat kami ni tak bertudung, kami tak sembahyang ke? hey kami pun  solat la..cukop 5 waktu lagi tau..puasa pun tip top..xpernah nak ngelat!
Sayang-sayangku…yakinkah anda dengan ibadat dan puasa sudah cukop untuk menjamin anda tiket ke syurga?
5) Sukahati kami la nak pakai macam mana pun, asalkan kami xsusahkan hidup orang lain dah la kan. lagipun Allah tak suka kita membazir,ha yang u olz ni beli tudung, beli kerongsang, baju panjang-panjang, membazir tau tak? dah ikut amalan syaitan laknatullah tu..huh
Anda sebenarnya telah menyusahkan hidup bapa, abang, adik lelaki serta suami  anda dan menarik mereka kedalam neraka bersama-sama dengan anda disebabkan mereka gagal menegur dan mendidik anda
6) Apa yang kami pakai, club mana yang kami pergi, ini antara kami dengan Tuhan. Ha yang korang ni, cakap banyak ko dah settle ke dosa-dosa ko ngan Allah?
Berani cakap di dunia, nanti di depan Allah berani cakap tak? Lawan perintah Allah, nerakalah tempatnya dik!
7) Excuse me! ai pakai sexy-sexy macam ni sebab permintaan dari produscer, ni kan komitmen ai terhadap kerjaya ai. Ai kena jiwai lakonan ni, barulahpengajaran dan moral of this film dapat disampaikan dengan tepat serta berkesan ke dalam hati para penonton. Inilah pengorbanan ai sebagai anak seni!
Anda sanggup patuh arahan manusia dan engkar perintah Allah? Siapa yang akan menentukan anda ke syurga atau neraka..Allah ke Produser?
8) Ermm bukannya kami tak mahu menutup aurat, cuma seru belum sampai. Kami tak mahu berlaku hipokrit terhadap diri sendiri. Lagipun takkan nak buat perubahan drastik, selow-selow la..ai tak nak nanti kena culture shock pulak
Awak..nasihat-nasihat dari pesbuk, tb al hijrah, tu sume seru la tuh..menyeru anda ke arah kebaikkan. Nak seru yang macam mana lae?
9) huh orang body tak lawa je yang pakai balut sana balut sini, kitaorang rambut lurus, kulit mulus, pipi gebus..rugila kalau simpan..lagipun time muda-muda macam nilah nak bergaya dah tua-tua nanti pakai macam gini orang cakap buang tebiat pulak
Dik senang kira, nak habaq mai yang mati itu tidak mengenal usia, tidak berbau dan tidak pula diberikan surat amaran, kalau sampai masa matilah anda!
10) Ala yang pakai tudung tu jauh lebih jahat dari kami, bila mereka tengok kami, dalam hati mereka mesti timbul perasaan mereka perempuan baik-baik, riak, ujub dan takbur kan? hah ingat diri tu bagus sangat, padahal saham dosa dah bertimbun di akhirat. Apa pandang-pandang..jeles lettew ko xde body mcm ak?
Sayangku, benda yang elok dan cantik itu kita balut kita tutop dan simpan elok-elok supaya tak dirosakkan, kalau kita biar terbuka tu, dah busuk..dah xelok..macam lolipop yang jatuh atas tanah..sape lagi yang nak? kalau ada orang kutip ambil makan pun , nanti kena penyakit :)
Sekadar teguran buat diri sendiri dan kaum seagama yang lain, tidak ada niat untuk menyakiti hati sesiapa. Teguran menunjukkan tanda sayang dan ambil berat orang lain terhadap diri kita. Dalam kehidupan, jangan jadikan alasan itu sebagai penghalang. Islam itu indah dan merupakan kejayaan di dalam keidupan.
p/s: Kaum wanita katakanlah ‘aurat saya mahkota saya’..kaum lelaki jalankan tanggungjawab anda sebagai khalifah di muka bumi allah ini :)
amandaputra: Memmang pelik kan alasan diorang tu, ada jugak alasan tu yang aku tak boley blah tu, tapi nak buat macam mana, inilah manusia, bila bercakap tentang manusia, manusia punyai 1001 alasan yang boleh dicipta. 
Semoga mereka mendapat petunjuk dan hidayah...

Monday, January 21, 2013

Sudah habis atau ada visi yang baru?

0 comments
Dah lama aku tak menulis, lebih kurang dekat 6 bulan jugak la aku tak update entri baru dekat blog aku ni.
Aku sepanjang 6 bulan asyik sibuk dengan blog yang lain, blog yang mana memberi duit untu hehe..

Jadi agak lama jugak la kan aku tinggalkan blog aku ni, dulu aku lebih tumpu pada penulisan puisi tapi insyaAllah kali ini untuk tahun 2013 aku akan perbanyakkan enti yang berunsur santai, info mungkin aku akan selitkan jugak..

Sebenarnya aku nak upgrade blog ni kasi lawa-lawa tapi apa kan daya, masa tak mengizinkan aku jadi blog aku ni pun tak seberapa lah.. takpelah pelan-pelan kayuh lama-lama nanti lawa la blog aku ni tapi aku pun masih blur lagi nak bikin lawa macam mana ye tak...

Berdasarkan tajuk kat atas tu, yeap aku memang ada visi yang baru.. visi untuk kembangkan lagi skill dan potensi aku dalam bidang blog, walaupun aku dari awalnya agak bodoh tentang dunia blogger ini, tapi alhamdulilah sampai sekarang aku serba sikit tahu jugak la tak banyak pun tapi orang cakap ada la jugak basic nyer tu kan.

Hehehe...

Riwayat Cinta Si Pencinta

0 comments

"Syida... abang sayang kan Syida tau.. kalau takat api setinggi KLCC tu abang redah aje.."
"Syida pun sama bang.. Syida sayang sangat kat abang.."

Ayat Uda Dara ketika asyik bercinta.
Semuanya indah, yang busuk tidak dijumpa.
Tiada halangan boleh menerpa.
Dikala itu sijantan gagah belaka.

Dikala berjauhan kerinduan melanda.
Terbayang wajah tak kira masa.
Terngiang suara merdu dan manja.
Telefon menjadi sahabat setia.

Tidak mahu berjauhan semula.
Wakil dihantar janji dimetera.
Bersatulah sudah dua keluarga. 
Janji diikat tanda setia.

Kasih dan sayang menjadi punca.
Cukup purnama menyambut cahayamata.
Belahan jantung penghilang derita. 
Pengikat kasih penambah ceria.

Kini zuriat meningkat lima.
Terlupa kasih letih sentiasa.
Berkurang sudah sayang nan mesra.
Bahkan rindu tiada jua.

Dikala beradu berjauhan jua.
Satu di kamar yang satu di sofa.
Bila berjalan sebatu jauhnya.
Tersilap cakap dihambur jawabnya.

Akhirnya pasangan telah tiada.
Kepada yang Esa kembali jua.
Terkenang kembali sewaktu bercinta.
Kini kerinduan datang menjelma.

Penyesalan kini tiada berguna.
Tidak menghargai ketika ada.
Kepada Ilahi memohon doa.
Agar pasangan selamat hendaknya.

Saat yang dinanti menjelma jua.
Izrail datang mencabut nyawa.
Tinggallah kenangan dikala bercinta.
Hanya amalan yang dibawa.

Tinggallah pesanan buat zuriatnya.
Hargailah pasangan ketika ada.
Berkasih dan sayang hingga akhirnya.
Agar kekesalan tidak menjelma.

Janganlah yang indah diawal bercinta.
Dipertengahan pula mencipta sengsara.
Akhirnya dilanda kesal tidak terhingga.

Menjawablah kita pada yang Esa.

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com