Wednesday, May 30, 2012

Keputusan



aku sedang menunggu keputusan
keputusan dari seorang insan
yang telah lama memberi keputusan
tapi aku tetap menunggu

untuk apakah aku menunggu
kerana hatiku telah luka akibat menuggu
kerana aku tahu keputusan itu
menjadikan hatiku..

luka ini terus kering
hati ini kekal menjadi batu asahan
terus-terusan menjadi pengasah
bilah tajam yang terus mengasah hingga luka

lalu ia kering
lalu ia dibasahkan semula
dengan air semangat hati
dengan kiraan butir zikrullah

tapi
parutnya tetap muncul
berdoa dan berdoa
moga tuhan sembuhkan luka ini
bukan makhluk penyembuhnya

perjalananku
umpama jambatan
yang kelihatan ada tamatnya
apbila langkah ini makin dekat
dan terus dekat pengakhiran itu

keluhanku
siapa mahu dengar
siapa mahu menoleh
siapa mahu melihat
siapa mahu merasai

andai itu jawapan
kepada keputusan itu
aku sedia dilukai lagi
kerana aku terlalu lama
bergelumang dengan luka ini

biarpun aku simpan duka
untuk hayatku
jawapan kepada keputusan itu
aku jumpa zikrullah
aku jumpa doa
aku jumpa DIA


amandaputra 30 May 2012


0 comments:

Post a Comment

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com