Thursday, May 31, 2012

fantasia musim cinta

0 comments


Ku genggam awan kelabu
Ku gapai langit yang biru
Arah kita kian bersatu
Tinggalkan lagu rindumu

Langkah kita makin hampir
Kutahu kau menungguku
Dihujung titik menantilah aku
Alam mimpi...

Bulan bintang sang suria
Bagai saksi janji kita
Meniti hari-hari
Yang indah ini...

Gunung akan kudaki
Lautan kan aku renangi
Demi memburu mimpi
Yang pasti

Pintu kini telah terbuka
Kita pun langkah bersama
Fantasi mimpi berakhir
Cinta pun berpadu

Hari-hari yang berlalu
Menjelma bukanlah mimpi lagi
Umpama sungai dan tebing
Seiring, sehati dan sejiwa

Wednesday, May 30, 2012

Keputusan

0 comments

aku sedang menunggu keputusan
keputusan dari seorang insan
yang telah lama memberi keputusan
tapi aku tetap menunggu

untuk apakah aku menunggu
kerana hatiku telah luka akibat menuggu
kerana aku tahu keputusan itu
menjadikan hatiku..

luka ini terus kering
hati ini kekal menjadi batu asahan
terus-terusan menjadi pengasah
bilah tajam yang terus mengasah hingga luka

lalu ia kering
lalu ia dibasahkan semula
dengan air semangat hati
dengan kiraan butir zikrullah

tapi
parutnya tetap muncul
berdoa dan berdoa
moga tuhan sembuhkan luka ini
bukan makhluk penyembuhnya

perjalananku
umpama jambatan
yang kelihatan ada tamatnya
apbila langkah ini makin dekat
dan terus dekat pengakhiran itu

keluhanku
siapa mahu dengar
siapa mahu menoleh
siapa mahu melihat
siapa mahu merasai

andai itu jawapan
kepada keputusan itu
aku sedia dilukai lagi
kerana aku terlalu lama
bergelumang dengan luka ini

biarpun aku simpan duka
untuk hayatku
jawapan kepada keputusan itu
aku jumpa zikrullah
aku jumpa doa
aku jumpa DIA


amandaputra 30 May 2012


Tuesday, May 29, 2012

Jika aku prejudis

0 comments
Jika aku prejudis
melihat bintang ada di sisi
melihat bulan ada di depan
mendongak ke langit
melihat bumi ada di tapak kaki

jika aku prejudis
melihat aku bagai siang
siang aku yang tiada malam
jika ada malam aku akan lari
lari kerana malam gelap

jika aku prejudis
menggunakan mata untuk bercakap
mulut terdiam
tangan bersuara
kaki bergerak
menjauhkan dari mereka

jika aku prejudis
kawanku jadi malaria
keluarga ku jadi hiperbola
kasihku jadi fatamorgana
hidupku jadi karma

jika aku prejudis



amandaputra  29 May 2012



Jika aku seorang robot

0 comments

Jika ku seorang robot
nombor-nombor darahku
jasadku import export
besi logam dagingku

sinar matahari solar
nyawaku tenaga letrik
otakku macam peluru
bernafas pun tak perlu

meneliti lebuhraya
mengawal si pasaraya
mata-mata dari angkasa

jika ku seorang robot
tak perlu ada komplot
kawan-kawan semua robot
25 jam sehari
8 hari seminggu

khairil ridzwan anwar 

what's on your mind

0 comments
what's on your mind
need something to tell something
every type's is in your mind
everything has to be appear
feeling foolish

i got new today
the new is like than other before
why i use this
but i'm hate this
dont to be a 'wanker'
but you do

doing something
to be something
but you see
the same thing

nothing else matter


amandaputra 29 May 2012

Monday, May 28, 2012

jika hujan,stesen

0 comments
persinggahan di langit merah
setelah hujan berhenti menyimbah
manusia singgah tatkala hujan 
manusia berhenti tatkala ianya lebat

persinggahan yang dilakukan oleh manusia
umpama singgah seorang rakan baru
menyapa sang penunggu stesen berhenti
bercakap,bertegur lalu pergi

sekejap sahaja persinggahan ini
bagai kata-kata kuno 
hanya suatu persinggahan
dalam stesen itu
wujud dugaan karma

ciptaan illahi
manusia tunduk mengalah
redha dengan apa yang terjadi
seperti berhenti bila hujan turun

apabila dugaan datang
perlukan secangkir senyuman
terpalit rasa kecewa hati
menyambut senyuman dugaan

stesen ini banyak manusia
manusia lah yang bawa dugaan kepada manusia
manusia senyum lagi
kerana itu lumrah karma
mereka terima

kadang-kadang
perjalanan ini perlukan stesen 
berhenti sekejap
berbicara sebentar
kemudian pergi
entah esok atau lusa
atau selamanya
tidak akan berjumpa lagi

stesen manusia 
menyimpan banyak kisah
bicara tentang manusia juga kisahnya
yang tinggal
sang penunggu berhenti
apabila hujan menyimbah kembali


amandaputra 29 May 2012

dua sahabat permulaan yang sama pengakhiran yang berbeza

0 comments


Sunday, May 27, 2012

Di balik cermin mimpi

0 comments

Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh bermakna

Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang-bayang ku hilang
Di selebungi kerdip nurani
Mencurah kasih, kasih murni
Mencurah kasih

Di balik cermin, cermin mimpi
Adalah realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati

Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi
Pelangi 




Mohd Nasir Bin Mohamad 

Saturday, May 26, 2012

manusia ciptaan iluminati

0 comments

manusia suka mencari khayalan
dalam diri mereka ada suatu enzim khayalan
apakah yang begitu ajaibnya khayalan ini
apakah ia suatu dusta yang dicipta oleh hati

tergerak hatiku ingin bertanya pada hati
wajarkah ia menjadi suatu medan luahan perasaan
manusia inginkan khayalan
jika ia tiada unsur itu manusia tidak suka hidup lagi
manusia sukakan khayalan

dengan berdindingkan benteng manusia dapat menongkah khayalan
hasilnya manusia tidak peroleh apa-apa
hanya realiti jua yang menjadi jawapannya
aku melihat suatu yang abstrak
sebagai luahan khayalan aku

tapi tidak perlulah mereka lihat
tidak perlulah aku paparkan di dinding-dinding perasaan mereka
cukuplah disini,di sini cukuplah bagiku
perlukan sedikit tolehan dari mereka
tapi tidak perlulah luahan dari mereka

cukuplah
begitu banyak kata-kata
perkara-perkara
situasi kejadian khayalan yang sama
yang sama seperti 100 tahun dulu

itulah khayalan
menulis tidak kira waktu
merungkai tidak kira masa
mencerca tidak kira siapa
tapi mereka lupa 
mereka manusia ciptaan iluminati

endless day

0 comments

Tanpa nama

0 comments
tanpa nama
berselirat di muka dada
hujan pun turun dengan selesanya
buatkan aku lupa padanya
setelah nama pun jarang disebut
inikan pula hati ingin menyusul

biarlah ia pergi
di benak hati ia pergi
pergi lagi
dan guruh pun berbunyi
ini realiti
tapi kenapa fantasi yang dicari

tiba-tiba aku takut
takut pada siapa?
pada yang maha pencipta
baru sekarang mula takut
setelah utusannya bertempik berteriak

aduh panorama alam pula
penatnya terasa hingga ke tulang
tapi bola mata dan jari ini belum pula merasainya
tidak mengapalah
hanya denyutan nadi yang terasa
esok insyaAllah masih ada...


amandaputra 27 may 2012

Saturday, May 19, 2012

puisi sahabat muda 23

0 comments


orang muda jiwanya muda
merahnya dalam jiwa yang kecewa
cariannya dewa inginnya raja
berbisikkan fizikalnya yang ampuh
tulang temulang muda nya teguh
bagai paksi memegang bumi

aku jua muda seperi mereka
aku jua marah seperti mereka
namun aku kecewa tidak seperti mereka
nyalaku api dalam sunyi
perlukan papahan sang kawan
menangis ku perlukan tolehan manusia

bingungnya aku bergelar muda
takutnya aku jika tua
tapi itu yang mereka mahukan
bukan seorang muda yang dipilih menjadi dewa
tapi si tua yang sentiasa raja
sentiasa di daulatkan
aku yang muda hanya mencemuh



amandaputra 20 May 2012




Friday, May 18, 2012

Bila menulis kena ada idea

0 comments
Ingin memulakan bicara
terkedu pula di hati
mungkin emosi belum mengizinkan lagi
biarlah begini
dari memikirkan apa yang tidak pasti....
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com