Monday, January 21, 2013

Riwayat Cinta Si Pencinta



"Syida... abang sayang kan Syida tau.. kalau takat api setinggi KLCC tu abang redah aje.."
"Syida pun sama bang.. Syida sayang sangat kat abang.."

Ayat Uda Dara ketika asyik bercinta.
Semuanya indah, yang busuk tidak dijumpa.
Tiada halangan boleh menerpa.
Dikala itu sijantan gagah belaka.

Dikala berjauhan kerinduan melanda.
Terbayang wajah tak kira masa.
Terngiang suara merdu dan manja.
Telefon menjadi sahabat setia.

Tidak mahu berjauhan semula.
Wakil dihantar janji dimetera.
Bersatulah sudah dua keluarga. 
Janji diikat tanda setia.

Kasih dan sayang menjadi punca.
Cukup purnama menyambut cahayamata.
Belahan jantung penghilang derita. 
Pengikat kasih penambah ceria.

Kini zuriat meningkat lima.
Terlupa kasih letih sentiasa.
Berkurang sudah sayang nan mesra.
Bahkan rindu tiada jua.

Dikala beradu berjauhan jua.
Satu di kamar yang satu di sofa.
Bila berjalan sebatu jauhnya.
Tersilap cakap dihambur jawabnya.

Akhirnya pasangan telah tiada.
Kepada yang Esa kembali jua.
Terkenang kembali sewaktu bercinta.
Kini kerinduan datang menjelma.

Penyesalan kini tiada berguna.
Tidak menghargai ketika ada.
Kepada Ilahi memohon doa.
Agar pasangan selamat hendaknya.

Saat yang dinanti menjelma jua.
Izrail datang mencabut nyawa.
Tinggallah kenangan dikala bercinta.
Hanya amalan yang dibawa.

Tinggallah pesanan buat zuriatnya.
Hargailah pasangan ketika ada.
Berkasih dan sayang hingga akhirnya.
Agar kekesalan tidak menjelma.

Janganlah yang indah diawal bercinta.
Dipertengahan pula mencipta sengsara.
Akhirnya dilanda kesal tidak terhingga.

Menjawablah kita pada yang Esa.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com