Wednesday, June 6, 2012

Jika itu yang kau katakan

0 comments
jika itu yang kau katakan
biar isthikarah yang jawab kan
jika itu yang kau katakan
biar doa yang zahirkan

jika itu yang kau katakan
biar azali yang menulis impian
jika itu yang kau katakan
biar takdir yang mencoret ketentuan

jika perjalananmu itu
bagai aliran sungai
menuju ke hilir
menuju ke penghujungnya

dan...
penghujungnya itu
ku temui suatu yang luas
melihat luasnya lautan
bagai luas sakti hati ku

andai aku temui
suatu azali
yang tidak menulis namaku
aku biarkan ia pergi begitu..

kerana ku tahu
dunia aku cuma singkat
seperti kertas
yang boleh dipadam dengan api

aku tahu penghujungnya
adalah akhirat
aku tahu
penghujungnya
adalah syurga yang abadi

akan aku cipta 
akan engkau disana kelak
biar bidadari mencemburui
andai aku temui engkau yang kekal
selamanya

 6 Jun 2012


Friday, June 1, 2012

Bukan aku tak sudi-Ajek Hassan

0 comments
bukan aku tak sudi
tapi kesudian ku telah pergi
sakit aku kerana
asahan cercamu
mati aku 
kerana tiada penyembuh di hatimu

amanda putra 2 Jun 2012

Sejenak Ini

0 comments
Kehidupan dari layar ke layar
merentas musim menjalar
sejenak ini, meminjam kesempatan
membingkai indah perjalanan
dari ruang hati yang hinggap
merawati luka di hujung sayap

penat merentas gurun
menjejak sisa-sisa karun
daripada kilauan pasir emas
keringat di antara hampas
saujana rindu penuh nikmat
biar tumbang sekujur jasad

perantau pun mewarna hari
di mata tekun memerhati
waktu telah berlari
jauh berlegar tanpa destinasi
dengan jejak-jejak seribu mimpi
mengekori setiap wajah memori


Palm jebet Ali 26 Dis 2007

Kekasihku

0 comments
Kekasihku
yang diciptakan olehNYA
lahir bersamaku

di dahinya tertulis
bermulalah azali kehidupannya
jika tuhan menulis 
adalah dia kekasihku

jika azali mengatakan 
yang lahir itu kekasihku
jika qada dan qadar
menunggu ku selepas dia lahir

kekasihku
ciptaan tuhan maha agung
terbina sang lemah
menantikan yang kuat
untuk membawa dia ke syurga

pada takdir aku tunggu
pada azali aku ingin tahu
siapakah dia yang tertulis itu
setelah doa dan istikharah
jadi jawapanku


amandaputra 1 Jun 2012

Perjalanan ke langit

0 comments
bagi yang merindukan
tuhan menyediakan
kereta cahaya ke langit
kata sudah membujuk
bumi untuk menanti

sudah disiapkan 
awan putih di bukit
berikan tanda
angin membawamu pergi
dari pusat samudera

tidak cepat atau lambat
kerana minit dan jam
menggeletak di meja
tangan ghaib mengubah jarumnya-jarumnya
berputar kembali ke-0

waktu bagi salju
membeku di rumputan
selagi kau lakukan perjalanan


amandaputra 1 Jun 2012


 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com